31 August 2010

Rampaisari Prosa Warisan Akhlaken 2

Sketsanya berbunyi....
Tok Raden Zul: Hah kau semua tahu kenapa i panggil kamu semua kemari?

Orang Kampung: Enggak tahu Tok Ketua.

Seman: Saya tahu Tok, Mengenai penculikan gadis-gadis di kampung kita ni kan?

Tok Raden Zul: Betul penculikan tapi kurang tepat lagi,Siapa jawap dengan betul i akan beri 2 kampit beras dan biasiswa.

Saad: Saya tau Tok Ketua, kampung kita dilanda kemelut cinta.

Tok Raden Zul: Tepat sekali kau saad.

Orang kampung: Tepuk tangan (mengiakan Saad)

Makcik Kiah: Anak saya di rogol Tok, tolonglah saya,!

Norkumala: Habis seluar dalam anak saya dicuri Tok,!

Fauzi: Isteri saya dah dua minggu tak pulang kerumah Tok,Bantulah saya,!

Nuruldiana: Tok hensem!

Tok Raden Zul: "Eh takdelah," Ha kamu semua apa lagi cepat cerita kepada i!!

Orang kampung: Diam

Tok Raden Zul: Baiklah,Dengar Semua, "kerukunan kampung kita mula tercalar akibat perbuatan manusia yang dengki akan kemakmuran kampung kita,lihatlah sendiri kampung kita, dulunya tiada pernah dicabul oleh mana-mana pihak,tetapi sekarang kampung kita di nodai tanpa segan silu oleh penjahat-penjahat.i nak kamu semua bagi pendapat,bagaimana kita hendak mengembalikan kemakmuran dan kerukunan kampung kita semula" Ha apa pendapat kamu saad?"

Saad: Kita panggil Rela Tok Ketua" -Tegas Saad.

Tok Raden Zul: Hah Rela? Apa itu?

Saad: Tak tau Tok" -Reda Saad.

Tok Raden Zul: Kau main-main ye hah!" Beras kau sekampit sahaja!"

Fauzi: kita buat jerat bingkas Tok Ketua"

Tok Raden Zul: Bagus juga tu,Lagi-lagi?" (Mata tajam melihat nuruldiana)

Nuruldiana: Janganla tenok itew camtu Tok,itew malu aw,Adik rasa kita adakan kawalan tiap-tiap malam dari rumah ke rumah Tok.(Tersipu Malu)

Tok Raden Zul: "Tepat sekali, Kamu semua yang bernama lelaki, dengan serta merta pergi ke tempat laluan-laluan penjahat itu dan kamu adakan jerat bingkas tersebut, pastikan di ikat kemas segala-gala jerat dan perangkap, Pada sebelah malamnya pula kamu semua bawa segala peralatan yang patut dan adakan kawalan di setiap kawasan kampung kita, tangkap sahaja orang tidak dikenali letakkan dalam lukah manusia.Dan kepada kaum wanita, sila berkumpul dirumah Tok aja malam ini.Bermalam sahaja di sini untuk beberapa hari ini.Nuruldiana datang awal sikit taw"

Saad: Tok tak ikut berkawal?

Tok Raden Zul: I lewat sikit,nanti i datang kemudian, hah hah hah hah"

Saad: Baik Tok Ketua, Affirmative"

Maka pulanglah orang-orang kampung cenerai ke rumah masing-masing dengan hati sedikit gembira bercampur takut.
mereka mula menyiapkan kerja menjerat penjahat-penjahat tersebut.Kegigihan mereka begitu terserlah sehinggakan setiap jalan yang menghubungkan kampung mereka disiapkan jerat-jerat seperti paku di tanah,bingkas kaki,seruling burung wak wak,jerat tikus,lukah manusia berisi makanan dan macam-macam lagi.Bagi kaum wanita pula mereka membawa bantal dan selimut(gebar) untuk bermalam di rumah Tok Ketua mereka.

Malam menjelma dengan jeritan serigala dan cengkerit,Bulan kadang-kadang ditutup awan gelap,jam loceng dirumah Tok Ketua berbunyi 2kali menandakan hari sudah pukul 2, namum Tok ketua tidaklah juga menemani orang-orang kampung berkawal kerana bimbang nuruldiana dan kaum-kaum wanita lain di larikan para musuh,Kaum lelaki pula tidak berganjak di tempat kawalan masing-masing dengan senjata tajam mereka...Hari semakin larut,Mereka masih memegang erat tombak,keris,kelihatan Fauzi tersenguk senguk kepalanya.. Saad kusyuk memerhatikan satu laluan yang seperti ada kelibat manusia.Deria matanya begitu tajam sekali,Tasssss ziuppppp.....Saad menjerit kkkkk"""eee""naaa""".....

BeRsAmBuNg...

13 rejaman pembunuh:

Aku Anak Pahang said...

GAWAT AMAT DAH KALAU GINIE :(

Relevan said...

Fuhh !..Ganti saja tok Ketua itu kepada kepala Lurah..

Syima Syaz said...

suspen nye

terokai seni said...

tak merdeko lagi ke?

pakcik kordi said...

eh!gampit pye tok ketua!!!!pening la gini!!!!kekekh!!

Nerzhul said...

ha kena kena!! hapuskan anak murid pak korda!!!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

astro ke sambung sambung...macam seronok aktiviti itu

el said...

dah sopin baju raya ke beb

Hanisham Ab Halim said...

Huihhhh... benda ape tu wehhhh.. berdebor doh koi ni.

piewahid said...

waduh2... ngape mau bikin sinetron menjelang raya ini pak lurah? bikin sapen saje. nanti hangus lemang menunggunya...

*************************************

1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.

3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sangat berharga.

4. Terima kasih juga kerana sentiasa memberi sokongan.

5. Berhati-hati di jalanraya.

Sharinginfoz said...

memang suspen

Anonymous said...

tok raden ni urban jugak kan. 'I' tuu..

tapi nuruldiana tu stok nak kena lempang sedas dua.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

udah udah la beraya tu ooi..update

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...