21 September 2010

hari raya yang tragedi.

sudah hampir setahun tayak kabupaten berkahwin dengan pujaan hati beliau rasahnorwati.kehidupan mereka selepas berkahwin amat bahagia.ditambah lagi dengan cahaya mata mereka yang bakal lahir.tayak kabupaten amat bahagia.sesekali beliau menunjukkan kebahagiaan mereka terhadap masyarakat dengan menyengkang kaki tok empat paya pulai secara tiba tiba dan membiarkan rambut tok empat tersebut dihurung serangga liar.

raya tahun ini tayak kabupaten balik ke kampung rasahnorwati di selama,perak.tahun pertama beraya di kampung isteri memberikan satu pengalaman baru kepada tayak kabupaten.anak beranak saripudin iaitu ayah kepada rasahnorwati semuanya baik baik belaka.mereka semua gemar membela haiwan.antara haiwan haiwan yang dibela di rumah mereka ialah burung serindit,ikan sepat,ikan riyu,kucing parsi,cicak atap,cipan tanah,anai anai dan tidak ketinggalan dhob pasir.

dalam banyak banyak haiwan belaan yang ada di rumah tersebut,ada seekor haiwan yang sangat disayangi oleh keluarga rasahnorwati saripudin.haiwan tersebut ialah kucing parsi yang bernama alfaresya jamalullail.alfaresya jamalullail adalah seekor kucing parsi yang comel dan nakal.antara hobi alfaresya jamalullail ialah kencing merata di dalam rumah encik saripudin,membantu encik saripudin bercucuk tanam,bermain layang layang,memancing udang,main tan duduk,menempeleng orang yang lalu di hadapan beliau secara tiba tiba,menghafal sifir lapan dan bermain bola.

pagi raya yang ceria,seluruh ahli keluarga rasahnorwati saripudin bersiap siaga dengan pakaian yang indah indah dan berlabuci.seluruh isi rumah berbau harum dengan wangian masing masing.rasahnorwati mengenakan baju kurung moden berwarna kelabu.walaupun beliau memakai baju kurung moden,itu tidak bermakna beliau seorang petani moden.beliau adalah seorang surirumah yang berjaya."abang,bangun la bang...kata nak pergi sembahyang raya.orang lain semua dah bersiap.abang aje yang belum mandi lagi.saya terbalikkan katil ni karang baru abang tahu."kata rasahnorwati sambil bersiul lagu justin bieber.tayak kabupaten menggeliat malas."sebelum mandi ni sempat tak lagi kalau kita...""takde takde,abang jangan nak mengada.kalau nak,malam.pagi ni tak boleh.orang dah mandi ni."kata rasahnorwati tegas.tayak kabupaten mencebik.

selesai mandi,tayak kabupaten bergegas masuk ke dalam bilik.beliau menggeletar akibat sejuk.sempat juga beliau mengintai anak beranak encik saripudin di ruang tamu.beliau tersenyum melihat keceriaan hari raya yang timbul di rumah encik saripudin.rasahnorwati memandang tayak kabupaten dengan pandangan kasih sayang.maknanya malam karang tayak kabupaten mesti 'mendapat'.tayak kabupaten melompat gembira.
  
pintu bilik dikunci.tayak kabupaten yang sudah biasa berbogel sendirian di dalam bilik mengelap ngelap badan beliau yang tegap tersebut.sesekali beliau melihat pada cermin besar yang bergantung di bilik itu.beliau bangga dengan bentuk badan beliau yang iras iras nicholas cage.tanpa beliau sedari,alfaresya jamalullail ada di bawah katil tidur dengan nyenyak.tiba tiba alfaresya jamalullail tersedar.beliau mengejit ngejitkan mata.beliau yang gemar bermain bola ternampak 'dua biji bola' milik tayak kabupaten.dengan pantas alfaresya jamalullail menerkam dan menggigit bola tersebut dan cuba membawa lari bola tersebut.tayak kabupaten melolong kesakitan.

hari raya bagaikan tiada makna bagi tayak kabupaten kerana terpaksa beraya di hospital dan bersama luka lapan belas jahitan.manakala alfaresya jamalullail pula terpaksa beraya di klinik haiwan akibat cedera parah di kepala dihentak oleh rasahnorwati dengan kayu beluti.

sekian.

7 rejaman pembunuh:

Nerzhul said...

kahkahkah malam sungguh nasib tayak tak sempat nak bermalam. hahaa

el said...

x abis2 cite psl ni
seyes la skit citelah raya lu caner..gambar raya xkan xde..wak lu hahahaha

relevan said...

Masih beraya lagi ke weh?..

tuyuk said...

kakakakaka... raya lagi.. yeha..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

wakakaka wakakaka ..ganasnya rasahnorwati

J. Abdullah said...

kesiannya alfaresya jamalullail!

Cik SHiNJU said...

muahahahahahampeh...
cian kucing tu...x patot..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...