28 August 2010

suatu hari di bulan puasa.

suatu pagi ahad di bulan ramadhan aisyah dan tuyuk berjalan jalan di tepi sungai pahang ambil angin sambil membuang angin.mereka berdua kelihatan sangat bahagia.berjalan beriringan dan berpegangan tangan sambil menempeleng sesiapa sahaja yang lalu di hadapan mereka,walaupun seekor lipan.

"nak memancing dekat mana ni abang?port banyak cantik ni.kalau nak lagi cantik,kita pergi port klang.ha,kelakar tak saya abang?!"kata aisyah sambil mengepak buah pinggang seekor memerang yang hendak menyelam di situ."ha'ah.kelakar la awak.kalau camtu esok juga saya masuk meminang awak.cun!!!"kata tuyuk yang gembira melihat memerang tadi sudah pengsan dan dihurung semut.

 "ha,sini best ni.sambil memancing boleh kita ehem ehem."kata aisyah yang mula mengemam bibir."awak jangan macam macam sayang.saya ni orang yang beriman.nampak je gini."kata tuyuk serius.namun jauh di sudut hati beliau.hmm,malas nak cakap."awak ni fikir apa hah?!maksud saya kita berdua boleh selesaikan masalah rumus ni ha.jiran saya nak pmr tahun ni.beliau suruh saya tolong siapkan kerja rumah yang cikgu beliau bagi ni ha.beliau malas nak buat,jadi kita buat la.chanteekss!!!"terang aisyah sambil menunjukkan buku latihan matematik yang setebal buku yellow pages.tuyuk senyum.suka.

3 jam kemudian...

"mana ikan ni abang?mencuit pun tak ni.ni yang saya rasa macam nak bagi pantun ni.dengar ye.sorong papan tarik papa..""takde takde.pantun mantun.kalau tahu gini,baik duduk rumah aje tidur.lagi sedap."kata tuyuk yang tension habis lantas mengkarate pokok buluh seperdu.
tiba tiba...

"awak berdua buat apa sini?"tanya nerzhul yang kebetulan lalu di situ.beliau tersengih girang.di samping beliau leeya lavender tersenyum manja.almaklumlah pengantin baru yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan lapan bulan yang lalu.kalau lapan tahun mungkin nerzhul berjalan seorang diri."tak nampak ke kita orang tengah bakar lemang ni?"aisyah sedikit panas."oh!memancing rupanya.mesti tak dapat ikan tu."kata leeya lavender pula sambil melondehkan seluar dockers nerzhul.nerzhul tak pakai spender rupanya.cepat cepat nerzhul menarik kembali seluarnya dan menghadiahkan sekeping pelempang terhadap usus hipotalamus kanan leeya lavender hingga putus."macam mana awak tahu?hebat la awak leeya lavender!"puji tuyuk.hairan.tekaan leeya lavender bertepatan sekali.

"kan sekarang bulan puasa.ikan puasa la."kata nerzhul dan leeya lavender serentak."jom la sayang,malas la layan diorang ni.pergi bazar ramadhan lagi baik."kata leeya lavender sambil menyemburkan perfume ambi pur perisa lavender ke arah ketuat nerzhul.

aisyah dan tuyuk berpandangan.selang beberapa saat kemudian mereka berdua terjun ke dalam air dan menjadi pulau.

habis.

12 rejaman pembunuh:

Seroja Jingga said...

gua tak tau kenapa hati gua sakit bila baca entry nih!!!!!!!!!! grrrrrrrrrr

Nerzhul said...

KAKAKAKAKAH!!!!! tak daye koi gelok bace ni weh kordi. moh ngeteh!!!

ainulrhy said...

sengal gila entri nih weih..
btw mane ade usu hipotalamus. 5thn i belaja medik xpernah dgr pon usus ade bahagian name hipotalamus.

zulkbo said...

salam..
cerita dongeng
sungai pahang ke ni
weii..?ha ha..mmg lawak

hanie said...

hahahaha!! kesian memerang yg tak berdosa tu! hahahaha..adeh deh..

tuyuk said...

hahahahaha...

mazru said...

hahahaha gampit

dzul said...

bahaya betul perangai leya lavender..haha

Relevan said...

Wey Pak cik Kordi..Kenapa di tamatkan begitu saja..sambung semula..kalu tidak kome kidnap NerZhul..

Hanisham Ab Halim said...

Errrrr,,, mesti menjadi Buntut Pulau kan.... hahahahhaha

Sharinginfoz said...

ikan pun puasa ya

¶A.K.I¶ said...

pakcik kordi ni...
cete tah ap2!
fenin!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...