Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu
(Aiman - Ibu)
Download mp3
13 rejaman pembunuh:
Selamat hari ibu...
Dah nok masuk hari ayah.. baru aok nok beri ucapan hehehehe.....apa pun ok lah tu... balaslah jasa ibu ayah kita.
sb tu syurga dibawah telapak kaki ibu..
jgn derhaka!
:)
lu anak yang baik..
Lagu ni sgt tacing ok...!!!
saya juga ada ibu
Selamat Hari Ibu yer..
moh la karok nerzhul.aok nih....ahahh.....
sayangilah ibu anda tak kira waktu apa pun
lagu ni dengar sorang2,m esti menitik nitik, mencurah curah air mate.. huuuu
layan doh lagu ni. vokalis lagu ni satu skola aku dlu. nyayi ari2 dlm bilik.
salam rodong
alamak dah termabat ke koi nak ucap
selamat hari ibu buat semua insan bergelar
ibu dalam family aok..
selamat hari ibu buat semua ibu di dunia!
selamat hari ibu buat ibu2 ...
lagu ni zman skolah weh
layannnnzzzz
Post a Comment