14 February 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 Hijrah




BISMILLAH HIR RAHMAN NIR RAHIM
ALHAMDULILLA HI RAB BIL ALA MIN
WASALATU WASSALAMU ALA ASYRAFIL AN BIYA I WAL MUR SALIN
WA ALA ALI HI WASAH BIHI AJ MAIN

Di kesempatan ini kami crew manusiareptilia ingin mengucapkan selamat menyambut keputeraan NABI MUHAMMAD S.A.W 1432 HIJRAH kepada semua umat Islam. Bersama-samalah kita memperingati perjuangan RASULULLAH S.A.W dalam menegakkan perpaduan dikalangan umat Islam.

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganKu pada hari kiamat
adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKu."
-Al Nasai & Ibnu Hibban

Hasan berkata : “Aku dengar Abu Hurairah berkata : “Tiada seorangg pun yg berselawat ke atas Nabi saw satu kali melainkan Allah menyuruh Malaikat menyampaikan selawat itu kpd Nabi saw lebih cepat drpd sekelip mata. Para Malaikat berkata : “Wahai Muhammad! Anak si folan itu…anak si folan itu…memberi salam ke atasmu.” Nabi saw dgn gembiranya menjawab : “Sampaikan pdnya drpdku sepuluh kali dan katakan kpdnya jika engkau termasuk salah seorg drpd yg sepuluh ini, nescaya akan masuk Syurga menyertaiku spt jari telunjuk dan jari tengah ini dan engkau wajib menerima syafaatku.”
Kemudian Malaikat naik kpd Tuhan dan berkata : “Si Anu anak si Anu berselawat ke atas NabiMu Muhammad saw satu kali.” Lalu Tuhan Jalla Jalaaluhu berfirman : “Sampaikan kpdnya drpdKu sepuluh kali dan katakan kpdnya,sekiranya engkau mempunyai satu drpd sepuluh ini,nescaya engkau tidak disentuh api neraka selamanya.” Kemudian Allah Ta’ala berfirman : “Perbesarkanlah engkau selawat hambaKu ke atas NabiKu itu dan jadikanlah ia termasuk di dlm golongan ‘Illiyiin.” Kemudian Allah menjadikan drpd setiap huruf selawat itu Malaikat yg mempunyai 360 kepala, pd setiap kepala ada 360 muka, pd setiap muka ada 360 lidah,kemudian berkatalah setiap lidah dan memuji Allah Ta’ala dgn 360 pujian. Pahala yg demikian itu dituliskan semuanya utk org yg berselawat ke atas Nabi Muhammad saw hingga ke hari Kiamat.

Maka dengan itu, marilah kita semua berselawat kepada junjungan besar NABI MUHAMMAD S.A.W.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah,Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh.

More : www.manusiareptilia.blogspot.com

7 rejaman pembunuh:

Cik SHiNJU said...

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H...

akuanakpahang said...

Semoga hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. dapat kita hayati dengan penuh keinsafan dan kasih sayang terhadap junjungan besar kita. Bersama kita berselawat dan salam buat junjungan yang mulia amin.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 Hijrah daripada saya dan blog akauanakpahang.

Jejaka Desa said...

Marilah kite memperbanyokkan berselawat keatas junjungan nabi kite Muhammad S.A.W

Lya Colours said...

salam maulidur rasul =)

Anonymous said...

selamat menyambut maulud nabi.

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
selamat hari kekasih wahai kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W...
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
Salam Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Allah berfirman,' Kami tidak menurunkan kamu melainkan sebagai rahmat kepada seluruh manusia.' (Al-Anbiya':107)

۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

Anonymous said...

Salam sejahtera kepada junjungan kita
Nabi Muhammad S.A.W

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...