01 February 2011

Cara Nak Elak Traffic Jam di Bentong Pada Musim Perayaan.

Bila tiba musim perayaan, tak kira raya apa pun, bandar Bentong sokmo la sesak ngan kenderaan...kadang tu tak raya pun sesak bila ada cuti umum yang bersambung dengan hujung minggu sabtu ahad. Sesak orang bandar Kolumpo nak balik ke kampung asal memasing. Biasanya nak balik ke Kelantan, Lipis ngan Raub la kalau balik ikut Bentong ni.

Bersempena ngan cuti raya Tahun Baru Cina ni...cam biasa la bandar Bentong dah start sesak sejak semalam. Ini sangat mentensionkan minda koi yang nak cepat pegi dan balik kerja. Oleh itu koi nak bagi satu cara camne anda boleh elakkan kesesakan berejam duk dalam kereta tapi tak sampai² kampung...nak balik kampung jauhnye dah sekian..tersekat dalam trafik pulak..kesian...

Kat bawah ni ada dua peta pelan melalui jalan alternatif nak ke Raub/ Lipis tanpa perlu memasuki bandar Bentong setiap kali nak balik bercuti di kampung. Mungkin ramai yang dah tau jalan ni...tapi macam ramai yang tak tau sebab kekadang  sesak kereta sampai kat tol Bentong nu.



Plan A

View Larger Map
Anda boleh ejas peta ni untuk besarkan dan nampak lebih detail jalan guna butang function pada peta tu.

Merujuk pada google map di atas, koi dah tandakan jalan( kaler biru ) start dari exit Bentong(*tanda hijau (A) dalam peta) selepas tol Bentong. Tak perlu masuk Bentong, anda jalan terus straight lalu highway sampai exit kat Kg. Sertik/ Kg. Cinta Manis (B). Sebelum stesen timbang JPJ Karak. Dari situ anda akan melalui Kg Sertik, kemudian lalu Felda Mempaga.Kat Mempaga ada satu stesen minyak Mobil, jadi tak perlu risau kalau kereta dah kurang minyak, boleh topup kat situ. Lepas tu jalan terus je sampai anda keluar semula ke jalan utama Bentong-Raub kat Kg Lebu (C). Kemdian anda boleh teruskan perjalanan ke Raub dengan hensemnya.

Katakanla anda dengan hensemnya menuju ke Raub mengikut plan A tadi, tapi apabila sampai di bandar Raub tetiba terperangkap semula dalam traffic jam. Tentu dah tak hensem lagi lepas tu. Perkara ni boleh terjadi sebab struktur bandar Raub dan Bentong lebih kurang sama dan menggunakan sistem laluan sehala yang sama je keduanya. Kalau anda nak mengelak perkara sebegitu,  anda boleh gunakan plan B.

Plan B

View Larger Map


Ok untuk plan B ialah untuk backup plan. kena selalu buat backup. Sama macam plan A tadi lalu ikut dari checkpoint (A)terus exit Sertik dan Mempaga (B). Cuma selepas pada Mempaga anda akan jumpa satu simpang ke kanan (C). Dari simpang tu anda boleh terus ke Raub melalui Sg. Klau lepas tu Sg. Ruan. Kat Sg Klau dan Sg. Ruan masing² ada satu stesen minyak BHP hok kaler oren tu. Jadi ada dua stesen minyak sepanjang jalan ni. Kalo musim durian boleh singgah beli durian Sg. Ruan. Kemudian boleh teruskan perjalanan sehingga keluar ke jalan utama Raub-Lipis dekat Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub (D). Jadi tak perlu lalu bandar Raub anda boleh terus ke Benta, Lipis dan Gua Musang seterusnya ikutlah destinasi masing². Tapi kalau nak ikut jalan Sg Koyan ke Lipis kena lalu bandar Raub jugeklah.

Harapnya lepas ni kurang la sesak jalan kat Bentong ni. Sampai bila nak gunakan satu jalan yang sesak dan slow. Dah bertahun-tahun begitu. Penat weh. Bertukarlah ke jalan alternatif.(*tiada unsur politik dalam ayat ni..hehe) Jangan risau kerana kat setiap simpang ada signboard arah destinasi. Signboard suruh gunakan jalan alternatif ke Gua Musang pun ade dipacak besar² kat situ oleh JKR untuk elakkan kesesakan. Mungkin perjalanan nampak lebih jauh...tapi berbanding terperangkap dalam trafik dan banyak masa terbuang...anda buatlah pilihan sendiri.

Cuma anda dinasihatkan supaya hati² ikut jalan ni sebab ia jalan kampung, sempit sikit dan kadang² ada haiwan ternakan ternakan memberak merata dan anak² mereka bermain polis sentri di atas jalan. Pakcik² dan budak² bawak motor tak pakai helmet dan pekerja ladang nak pegi mengait sawit dan menoreh pun ramai juga. Tak kirala jalan bandar ke jalan kampung...berhati-hatilah di jalan raya..kalo tak.....tak boleh nak beraya.

Sekian selamat jalan.

3 rejaman pembunuh:

cdrom said...

thanks.. info menarik.. tak la sesak sikit kan

zulkbo said...

salam..
kalau jadi askar aok
ni dah jadi kapten
siap ada plan B tu..
he he..hebat!!TQ

kordi hensem said...

hahaha..blk la weh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...