22 December 2010

najib dan tahi kucing.

sudah berapa kali najib menaiki kereta firzan dengan terpijak tahi kucing.oleh kerana itulah beliau sering dimarahi firzan.bukan beliau sengaja nak terpijak.dah rezeki,apa nak buat.hidup mesti terus.itulah motto hidup najib sejak dari darjah dua oren lagi.semasa dalam darjah dua oren juga beliau sering menjadi mangsa cemuhan guru guru dan rakan rakan sekelas.semuanya kerana beliau acapkali terpijak tahi kucing dan sekaligus mengharumkan kelas dua oren dengan bauan syaitan.hatta semut dinding juga kerap kelihatan mengejek dan menghina najib dengan pelbagai kata kata nista dan sumpahan beracun yang boleh membuat telinga najib bernanah.itupun kalau najib faham.

"apalah nasib kau ni najib.selalu sangat terpijak tahi kucing.dari aku kecil aku kenal kau,sampai aku besar macam proton waja ni nasib kau tak pernah berubah.asyik terpijak tahi kucing je.eh,boring la aku dengan kau ni."cemuh firzan sambil membetulkan spender beliau yang terselit.najib mencebik.perangai firzan pun sentul juga.ada hati nak mencemuh orang lain."alah,itu pun dah kira nasib baik.kalau aku terpijak tahi anjing macam mana?puaslah kau nak samak alas kaki kereta kau tu."bentak najib seraya memberi sekeping pelempang padu maut terhadap seekor lipan tanah yang kebetulan lalu di hadapan beliau secara tiba tiba.firzan menggeleng gelengkan kepala.najib memang handal menjawab.beliau juga handal bercakap dengan tiang tatkala kesunyian.dalam marah,firzan kesian juga dengan najib.apalah malang sahabatnya itu.

firzan puas menasihati najib agar berhati hati dan memandang ke bawah ketika berjalan.jangan mendongak ke langit kalau tidak mampu menggapainya.lihatlah tanah di bawah.walaupun namanya tanah,namun seorang orang boleh bercucuk tanam dengan menggunakan tanah.belum ada lagi orang bercucuk tanam di langit.najib memandang seliparnya.digeseknya selipar cap matahari tersebut ke bahu jalan.nasib baik bahu jalan.kalau ke bahu orang pasti najib sudah lama tinggal di dalam tanah.

air mata najib bergenang.beliau mulai sedar.beliau juga boring kerana asyik terpijak tahi kucing.oleh sebab itu jugalah beliau hanya mempunyai seorang teman rapat iaitu firzan.orang lain mana hendak berkawan dengan beliau.beliau busuk."baiklah firzan,aku berikrar dan bersumpah.aku akan berhati hati ketika berjalan selepas ini.aku tidak mahu terpijak tahi kucing lagi.kalau ada tahi kucing depan aku,aku akan elak.ok?"kata kata najib menceriakan firzan.firzan menunjukkan isyarat bagus dan tersenyum.
"baguslah najib.aku yakin kau pasti akan mendapat ramai kawan selepas ini.percayalah cakap aku.hari pun dah dekat maghrib ni.jomlah aku hantar kau balik ke rumah.nanti risau pula keluarga kau."

najib senyum dan melihat jam tangan.sudah hampir jam tujuh.firzan mendahului najib masuk ke dalam kereta,barulah giliran najib.firzan membuka air-cond.tiba tiba firzan terhidu sesuatu."najib,aku nak tanya kau sesuatu boleh tak?"najib kelihatan menggeletar dan berpeluh.najib mengangguk."kau ada bau busuk tak?"

"er..heheh..aku..aku terpijak tahi kucc..."

belum sempat najib menghabiskan ayat kepala najib sudah retak dan peluh mengalir bersama sama darah akibat dipukul firzan dengan belantan paku.najib pengsan buih time tu juga.

sekian.adios ekrempes lalola!

6 rejaman pembunuh:

kelicap biru said...

hahahahaha.. gmpng korbai..

Nerzhul said...

mesti kucing kordi yang berak meratas ni. haha

kordes rocker said...

kelicap biru-hahaha...bongek la korbai!

nerzhul-hahahahahahaaatdoi!!koi tak lepas kucing koi merata ah!ahahahaks!!

Mazru Majid said...

ngape la malang amat si najit te?

dzul said...

hahaha..x apa najib, hidup mesti terus. bertawakkallah.

ladys_87 said...

sian najib

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...