24 August 2010

Rampaisari Prosa Warisan Akhlaken

Embun embun pagi yang menitis di daunan hijau yang di tiup sang angin, kicau burung murai
dan punai saling berkata kata di antara mereka,deruan air sungai yang mengalir kadang kadang perlahan, matahari mula naik dan sinarannya memancar menyuluh sebuah perkampungan
yang jauh di atas gunung yang diberi nama kampung Akhlaken, Di hujung kampung tersebut terpacaklah seorang lelaki bergelar pahlawan korda yang sedang melemparkan sucukup beras beras kepada ternakan ternakannya, Tersergam pondok kecil beliau yang beratapkan rumbia dan berdindingkan pelepah pelepah kelapa, Sungguh sadis tatkala melihatnya, tetapi pahlawan itu tetap dengan kesederhanaannya,pahlawan korda juga di segani segenap lapisan masyarakat di kampung tersebut, sebut sahaja pak korda, tentu sahaja penduduk senang akan namanya.

Pagi dia memberi ternakannya makan, pada siangnya pula pak korda akan berjalan sekitar kampung nya mana tahu ada kerja kerja yang akan di pelawa penduduk, di sebelah malamnya pula, dia akan mengajar silat cekak harimau dan dua cekak harimaunya kepada pemuda pemuda di kampung tersebut.Pak korda kini berumur 30an masih tegap tubuhnya bidang dadanya berambut lebat dan berkuku merah sangat digeruni oleh penduduk akan kewibawaannya sering di perkatakan segenap umur baik lelaki atau perempuan, Lelaki yang bila sudah dewasa di berhentikan sekolah oleh ibu bapa mereka demi menyambung kesatrian pak korda supaya tidaklah lenyap begitu sahaja, hari demi hari tanpa pengetahuan pak korda.. 

Anak murid pak korda mula angkuh membuat onar ke kampung sebelah iaitu kampung cenerai,mereka melarikan anak anak dara,menculik lepas semula, mencuri ternakan,menghamilkan gadis,menebang getah dan sebagainya.Perbuatan itu telah menjatuhkan nama baik kampung Ahlaken dan pak korda itu sendiri,kerakusan anak buah pak korda telah diketahuai oleh ketua kampung cenerai,setiap hari ada sahaja bualan penduduk memperkatakan pencerobohan anak murid pak korda,hampir 1 per 4 gadis gadis kampung pulang ke rumah tanpa seurat benang, kehadiran anak anak kecil tidak berbapa juga semakin menjadi jadi.

Sebagai tok ketua dalam kampungnya, Tok Raden Zul Setanggi Panji mula memikirkan apakah yang patut dilakukannya untuk menyelamatkan kampungnya dari di cerobohi musuhnya itu. Maka Tok Raden Zul mengadakan sidang tergempar dengan mengetuk beduk di beranda rumahnya bagi mengumpulkan pemuda pemuda kampungya untuk di adakan mesyuarat tergempar, setelah diketuk beduk seberapa kerap mungkin oleh Tok Raden Zul, maka masuklah waktu zohor bagi kawasan kampungnya itu, setelah Tok Raden Zul setanggi Panji siap menunaikan kewajipannya,ramailah orang orang yang berkumpul di hadapan rumahnya membawa obor obor di siang hari itu,Tok Raden Zul kehairanan melihat telatah pemuda kampungnya lalu marah membaling beduk ke arah orang ramai tersebut, maka terjadilah satu sketsa di antara Tok Raden Zul Setanggi Panji dengan orang kampungnya itu..


bErSaMbUng...

11 rejaman pembunuh:

Hanisham Ab Halim said...

Adesssss.. bersambung pulok... Koi tunggu.... Tapi Pendekar Pakcik Korda tu pakai inai ke wehhhhh.. Doh meroh kukunyer. Jambu gilerrr ahhhh pendekor pakai inai.

terokai seni said...

siannn tuk ngulu pulak gaduh ngan anok buoh

Nerzhul said...

menculik lepas semula! kahkahkah gile betoi anok murid pak korda.

Relevan said...

Tok Raden Zul Setanggi Panji?..Macam kenal je budak ni..

endiem said...

cis ...bersambung lagi yek..

tuyuk said...

kakakakakaka :P

pakcik kordi said...

gampitttt!!!korda pahlawan yang berani!heheh...

el said...

korda kahkahkahkahhhhhhhhh mcm2 la wak
tp asal lu pya blog ni cam si kordi pya..konfius 8 hours ok miahahahaha
rajin tol berkarya ahaksss (batuk gatai)

Nerzhul said...

@el-belog ni memang kordi yang punya. dia jumpa dulu. pastu dia ajak kitorang merepek kat sini ngan beliau. kihkikih.

mr.kordes said...

kakakah!!!!aumm cakk!! cak kun cak!!!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

untung jadi pak korda 30 umur dia dah ramai anak murid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...