22 July 2010

Karangan UPSR?

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.

Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia.lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah.

Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai.

Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai dengan menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.

Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

notis: Karangan ni dapat kat email tadi. Kononnye sebuah karangan untuk periksa UPSR. Tak tahu milik siape punye karangan ni. Memang kelakor habis dia punya karangan. Berapa markah yang beliau dapat agaknye.

19 rejaman pembunuh:

Leana said...

pernah dibaca... jadiknya hantu lah yg menulis cerita inii.. hihihihihihi..~~~ bunyi hantu didalam semak....

relevan said...

Wakakaka weh..mesti dapat A+ ni..

Nguap saja ni kat dalam bilik kursus..

piewahid said...

... tidak lama komdian incik nerzhul pula datang. dia datang naik kuda kayu. tiba-tiba kuda kayu jadi naga. naga itu makan api-api. api air kena bayar. naga ketuk idung nerzhul. abis berdarah hidung nerzhul. nerzhul pun nyanyi lagu 3 kupang. kupang, kupang jerit lagu. lalu lagu mati sebab kemalangan ngeri. kesian saja cerita yg saya lupa tulis dalam karangan tadi. terima kasih cikgu dollah....

Afzainizam said...

salam dihulur tanda persahabatan,
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

sorry lama tak ziarah ni sorry ye... agak sebuk kebelakangan ni lah.

adoiiiii patot lah kerajaan nak mansuhkan peperiksaan UPSR kalau gaya bahasa cam ni sapa lah yang lulus bahasa Malaysia ni wehhhhhh

Nerzhul said...

@Leana weeeheeeeheee..bunyi hantu dalam kebun.

Nerzhul said...

@relevankalau kira berapa patah perkataan patut boleh dapat A+ dah ni. kakakaaka

Amik la kuih makan sambil tengok peta. baru tak ngantuk. hahahaha

pakcik kordi rocker said...

koi rasa aok dulu gini la.lps tu aok trs kena tempeleng dek aboh aok...kaakah!!

akuanakpahang said...

Apapun tahniah juga pada budok itu kerana berjaya menulis karangannya dgn panjang lebor. Berapa patah perkataaan yang dikendaki tentu karang budak itu telah melepas hadnya hehehe...

Nerzhul said...

@piewahid, dan kendian saya dilempang oleh cikgu dollah....eh macam nama aboh koi je cikgu dollah...hahahah

Nerzhul said...

@Afzainizam takpe nak mansuhkan UPSR, tapi kena ajor la budak ni wat karangan betoi-betoi.

Nerzhul said...

@pakcik kordi rocker. ah aok te lagi teruk koi rase karangan spm aok pun ntoh menda merepek. hahahaha

Nerzhul said...

@akuanakpahang gitu la gayanye. mungkin budok ni tengok tivi sampai melebihi hadnya....heheh

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said...

ni budak mana yg tulis ni..meh sini aku siku dagu die

Hamzah Ian said...

gile jauh ko jalan.. naik teksi takleh??

Nerzhul said...

@[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ tak tau sape tulis. tapi mengikut pada karangan tu penulis telah mati apabila sampai ke rumah akibat kepenatan. hahahaa

Nerzhul said...

@Hamzah Ian takpayah naik teksi sebab diorang boleh berlari dua kali ganda kelajuan cahaya.

Creshk Rockers said...

hahahhahahhaa...
huhuhuhuhuuhuhuhuu...
ehhehhehehehheekkkhekehekehek...
kuikuikuikuiikui...
uhuk..huk..uhk.. lawak siot! kah..kah..

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

camno lah aku nak buak karangan gayo bahasa PMR pasal masa tu aku sebuk cintan monyet... ayat karangan aku pun dah macam Monyet..

ahhh aku dulu BM hampir tak lulus pasal BM punya karangan lah.. macam senang tapi susah nak ape...

Linglung said...

kalau gua yg tanda kertas budak ni, gua bagi dia kurang 2 markah utk full mark..mantap derr..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...