28 January 2011

Why Not?



Hari ini saya ada persoalan yang nak dibawa berbincang… nak tahu pendapat anda.

Zaman sekarang, zaman teknologi, berbagai-bagai kemudahan teknologi digunakan untuk memudahkan manusia- seperti Internet, segala maklumat dihujung jari! handphone, dalam poket je boleh hubungi sesiapa… dah ada email. hantar email terus je, tak perlu tunggu beberapa hari untuk tunggu surat sampai. Ada video conferencing… tak perlu pergi meeting bersemuka. menjimatkan masa… mesin fax, pc, blueberry, pda, wireless internet, 3G, GPRS, Astro pun ada boleh mendapat berita dari seluruh dunia… semuanya memudahkan pengguna. Dan mempercepatkan segala urusan. tak begitu?

Tetapi, persoalannya, mengapa dengan penambahan begitu banyak rekaan-rekaan canggih yang bertujuan untuk mempercepatkan urusan manusia, kita masih lagi kelam kabut tak cukup masa? Segala-galanya masih mengejar masa… lebih teruk dari sebelum ciptaan-ciptaan ini?

Sekarang ni nak pakai tie pun ada mesin direka untuknya.. macam²

Kalau di bandingkan dengan dulu dulu… bila kurangnya penciptaan canggih manggih ni, seperti masa agak relax sikit. Ni, bila ada ciptaan canggih, yang sepatutnya mengurangkan kerja & masa kita… tetapi, kenapa masih kita terkejar-kejarkan masa lebih teruk dari zaman dulu? Semakin canggih teknologi semakin teruk sosial sekarang ni...

Hmmm…. Apa pendapat anda?

2 rejaman pembunuh:

Nerzhul said...

hari hari ngejor punch card..eh skang dah pakai thumb print..lagi la. hahaa

tuyuk said...

hahaha... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...