24 January 2011

kisah lagenda bola sepak.

Nun jauh di Kepulauan Togo,tinggallah satu puak yang dikenali sebagai Puak Kembipanchoro.puak kulit hitam ini masih lagi mengamalkan budaya lepak bawah pokok,berborak dengan  lutut jiran sendiri,menari dengan mayat dan menyembah burung kakak tua sebagai tuhan mereka.

Alkisahnya puak ini gemar sekali bermain judi.dari pagi hinggalah ke malam mereka lebih rela berjudi daripada makan nasi.malah,judi dianggap sebagai salah satu kemestian di dalam agama mereka.siapa yang tidak berjudi dikira kafir.hendak dijadikan cerita,adalah sebuah keluarga ini yang bernama Keluarga Emmanuel.si suami bernama Johnson Emmanuel dan si isteri bernama Kurdatul Kifayah.si isteri sebenarnya sangat tertekan dengan agama yang mereka anuti dan amat tertekan juga dengan suami beliau yang tidak mahu bekerja dan asyik berjudi saja siang dan malam hinggakan wang sara hidup beliau pun beliau terpaksa cari sendiri.si Johnson pula bila balik rumah tak ada benda lain.asyik mengepow Kurdatul Kifayah dan makan bergantang.dek kerana ketensenan yang melampau Kurdatul seringkali mengakarate ikan peliharaan beliau hingga putus lapan.beliau tidak berani memarahi dan mengkarate Johnson kerana bimbang dikarate Johnson balik.lagipun Kurdatul sedang hamil lapan bulan.

pada suatu hari,Johnson pergi berjudi di bawah pokok tempat biasa beliau dan rakan rakan seperjudian beliau yang lain.beliau membawa 20 keping duit syiling Togo.si Johnson ini sebenarnya sukar menerima kekalahan.kalau kalah je,beliau tak nak bayar.kadang kadang beliau langsung tidak membawa duit.kalau menang nasib baik.tapi kalau kalah beliau akan cakap hutang dulu,masuk buku,pura pura sawan angin dan berlakon dirasuki jin busut."kali ni kalau kalah ko bayar.kalau ko pura pura sawan lagi,kitorang sungkit ketiak ko ramai ramai!"gertak Tholalan.Johnson menggangguk setuju."ele,korang tengok la aku menang bergaya hari ni..mehh!!!"kata Johnson sambil mengangkat ibu jari.beliau yakin hari ini beliau akan menang besar sebab malam tadi beliau bermimpi ditegur naga.apa kaitan naga dengan judi beliau pun tak tahu.memang sempoi punya perangai.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya.Johnson kalah teruk.kini beliau mula panik dan bimbang ketiak beliau disungkit oleh rakan rakan beliau.hampir pitam beliau kerana 20 keping syiling Togo kini hanya tinggal 2."woi,sudah la Johnson.gi la balik cari duit dulu.ada duit baru datang sini.hah!tengok!kalah lagi..bak sini duit."minta Richard.Johnson kian mengelabah hinggakan tidak menyedari rokok yang dihisap sudah sampai puntung.puntung pun tinggal separuh dihisap Johnson yang tidak menyedari.eh,ayat jahanam.berbalik pada cerita tadi,Johnson mulai panik.di dalam hati,beliau mula menyesal kerana memilih untuk panik daripada berpiknik.

"woi!ada duit ke takde?!kalau ade,bayor la!"
"entahnya,bayor la weh..."
"bayor!!!"
"kalau ade duit bayor!takde gi balik!"
"ade bayor la weh!"
"sungkit kang,ade duit bayor la!"
"ade bayor!"

Tiba tiba Johnson mendapat satu akal.beliau bergegas pulang ke pulang ke rumah menemui isteri beliau."Kurdatul,apakata kita namakan anak kita Adebayor?abang rasa nama tu bertuah la.."

betul kata Johnson.setelah Adebayor besar 20 tahun kemudian,beliau menjadi pemain bola sepak antarabangsa dan kini bermain dengan pasukan Manchester City.segala hutang piutang Johnson dilunaskan dengan mudah oleh Adebayor.sekarang Johnson tidak lagi bermain judi.beliau lebih gemar duduk di rumah bermain Farmville di laman web sosial Facebook.

sekian.


"wak,takut ref marah..."
"mentang mentang i jambu you ambik kesempatan ye?!chantiekksss!!!"

2 rejaman pembunuh:

tuyuk said...

hahahahahaha.. lepad betul johnson.. kuikuikui

Nerzhul said...

kakakaah...mesti johnson main poker kat facebook la pasnit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...