10 August 2010

aktiviti hujung minggu: merepair sangkar

Hasrat nak memancing terpaksa dibatalkan oleh sebab port memancing kami mengalami sedikit kerosakan. sangkar patin pakcik kordi terpaksa diangkat naik akibat air terlalu surut sehingga cicah lantai sungai. Sampah-sarap oleh orang tak bertanggungjawab membuang sampah ke sungai mula memenuhi ruang sangkar.

Tuyuk cuba menarik sangkar ke atas darat. "Nak bela ikan darat perlulah letak sangkar di atas darat". kata beliau sambil menarik tali hingga terkincit. Namun cubaan beliau dihalang oleh pakcik kordi dengan mencantas tali yang ditarik tuyuk lalu putus menyebabkan tuyuk tercampak ke belakang dan terperosok di perdu buluh.



Melihat keadaan tuyuk yang terpinga-pinga di perdu buluh sambil mengunyah anak rebung, tanpa membuang masa nerzhul segera terjun ke sungai sambil membuat samersop berpusing bagi membantu pakcik kordi meneruskan kerja membuat header belog sangkar beliau. Header tersebut bertujuan menghalang sampah sarap dari memenuhi ruang sangkar. Bukan saja-saja untuk nampak cantik. Macam la ada pertandingan sangkar tercantik pun.



Di atas tebing tuyuk mula resah melihatkan ketekunan nerzhul dan pakcik kordi yang asyik di dalam sungai sepertinya tak mahu naik ke darat. Walaupun matahari telah terpacak di atas kepala. "Gila apa tengahari buta duduk berendam dalam sungai". "Naik la woi makan nasik!". jerit tuyuk dari atas tebing.  Sambil itu beliau melutu saki-baki rebung yang tak habis makan ke dalam sungai hingga terkena kepala pakcik kordi. "Atdoi! saket kepalo den!" jerit pakcik kordi memarahi tuyuk sambil mengangkat dua genggam penumbuk dan menampakkan susuk tubuh beliau yang dianggapnya sudah sasa. Baru main gym satu hari dah perasan sasa. Melihat perangai pakcik kordi yang menyampahkan itu nerzhul mengangkat kayu tanda protes kepada tuyuk yang tidak mahu terjun ke sungai. Tuyuk ketakutan lalu lari ke dalam rumah pakcik kordi lalu menghabiskan megi asam laksa yang dimasak pakcik kordi untuk makan tengahari nanti. "Padan muke aokme koi abiskan semua megi ni...hehehe". tuyuk ketawa nakal.

*hujung minggu ni moh mancing. kita bawok umpan nasik. tehehehee

8 rejaman pembunuh:

pakcik kordi said...

gampang.kah kah kah!jaga aok koi ketis lutut aok!

hanie said...

haha..macam2 hal..

endiem said...

hujung minggu ni poselah wei..

Aku Anak Pahang said...

Berani aok nok makan nasi hujung minggu nie? esok emboh naik kereta mayat hehehe.....

Syima Syaz said...

eh mancing?dapat ikan betina ke jantan?hehe

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°
رمضان مبار… رمضان كريم… رمضان مبار…
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°

Salam ramadan Al Mubarak..
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Ramadan bulan yg mulia..
Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.

weeeehhh esok boleh kita makan magie asam laksa ye... tengah hari nanti azan zohor aje ko masak air... kita rebus magie..

wehhhh esok dah posalah...

tuyuk said...

hahahaha.. berat wei sangkor aok korda.. sangkarudin betul..

makwe joni said...

apa????!!!
megi asam laksa....?!!
pehhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...