26 February 2010

Maulidur Rasul



Salam...

Seperti yang kita maklum, sudah menjadi tradisi masyarakat Islam di seluruh dunia akan menyambut ulangtahun kelahiran baginda Nabi Muhammad SAW, atau dikenali sebagai Maulidur Rasul. Pada tahun ini maulidur rasul jatuh pada 12 Rabiulawal 1431 Hijriah bersamaan 26 Februari 2010. Diantara sambutan di negara kita ialah mengadakan ceramah khusus dengan theme maulidur rasul. Antara lain tuan penceramah akan membawa kita mengimbau sirah Rasulullah SAW termasuk perjuangan baginda menegakkan serta menyebarkan syiar Islam dari bumi Mekah sehingga ke Madinah.

-Petikan

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi berpendapat bahawa umat islam pada zaman kini semakin lupa akan kepentingan sirah Nabi S.A.W. maka sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu kaedah untuk mengingatkan mereka mengenai perjuangan Nabi agar dapat diambil pengajaran daripadanya.
Beliau menambah bahawa sekiranya sambutan ini dijalankan dengan sejajar dengan syariah (tiada bidaah), ia dapat mendekatkan umat islam kepada ajaran Islam dan sunnah serta sirah kehidupan baginda S.A.W. Selawat dan Salam buat Rasul junjungan serta ahli keluarga Baginda.

-wallahu`alam-

5 rejaman pembunuh:

Fitriah said...

selamat maulidur rasul :)

tuyuk said...

Selamat Mlaulidur Rasul

"Allahumma ShaLi 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa 'Ala Ali Sayyidina Muhammad"

kordi rocker said...

selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Nabi...

semoga kita berselawat ke atas Baginda tak kira masa....

semoga kita mendapat syafaat dari Baginda nanti..

Amin....=)

Syima Syaz said...

semoga mendapat hidayah dari Nye

Nerzhul said...

اللهم صل على محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...