18 February 2010

kisah seram gua dan lu.

seperti hari jumaat yang biasa,mr tuyuk dan nerzhul akan pulang ke kampung halaman.bukan jauh mana.dari bentong ke temerloh saja.sejam pun tak sampai kalau bawa kereta 180km/j tak putus putus.set set ni racing.apa barang ikut had laju yang telah kerajaan tetapkan.tak rock.prinsip ini telah mereka pegang sejak mereka mendapat saman parking Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang pertama lagi.dengar cerita saman yang telah mereka perolehi dah boleh buat beli mesin abu garcia baru dekat kedai pancing unikkail.

hari itu,nerzhul malas bawa kereta berasingan,jadi beliau menumpang kereta mr tuyuk.bukan apa,kerajaan kan menyarankan naik satu kereta aje.senang.minyak boleh tong tong.buat apa nak banyak banyak kereta dekat atas lebuh.tiada manfaatnya.mereka bercerita panjang tentang kerja yang mereka lakukan siang tadi.tentang sekretari boss nerzhul yang lawa dan tip top,tentang aishah baung,aishah baung tak habis habis.mr tuyuk tidak kalah dengan menceritakan pengalamannya berjumpa dengan hantu raya semasa hendak pergi bersembahyang jumaat.nerzhul berkeriut.cakap mr tuyuk macam tak boleh percaya.alasan tak nak pergi sembahyang jumaat lah tu.nerzhul pandang ke luar tingkap.waktu itu mereka melewati kubur cina dekat karak.

tiba tiba nerzhul rasa lain macam.mr tuyuk juga merasa demikian.kereta tiba tiba terhenjut henjut.ekor mata nerzhul sempat menangkap kepulan asap putih dekat jirat.nerzhul menelan air liur sederasnya.tiba tiba asap tersebut muncul pula di hadapan bonet kereta.nerzhul seakan hendak pengsan.nak pengsan karang malu pula dekat mr tuyuk.nanti tak pasal pasal kena ejek setiba di kampung nanti.

tapi rasanya mereka berdua benar benar mahu pengsan sekarang....

bersambung...

12 rejaman pembunuh:

sha89 said...

aisehh sambung plak...tgh suspen ni (^_^)

fndrocka said...

agak2 lah cerita baru intro dah kena sambung..

el said...

kahkahkahhhhhhhhh cam harammmm je ini kesah...
lu tau x pcik...tulisan lu ni kasi gua bc cam dlm berita taw..satu satu penuh wording dia..hahahaha taip sebijik2..macam laki gua jugak lu ni..kahkahkahhhh

hans said...

hahahaha
nasib bersambung

deaf_angel said...

fobia aku ceta hantu hahah

Nini teDDylicious said...

pesal..?? asap kat bonet kete depan tu pasal air da kering laa tu kan..??

temperature naek.

iskk..

tuyuk said...

ekekekeke....

Nerzhul said...

dah macam siri bercakap dengan jin la pulok...hakhakhak

♠☠♠ayudeadwish♠☠♠ said...

sementara nak tunggu sambung tu aku pon nak join pengsan~

JAIRO said...

eksen.. p pancing tak ajak orang... henci

Moon Death Spell said...

membe dok temerloh ke bro kat mana?
tahu tak pe.. tak rock bawak2 slow ni

tuyuk said...

yeyey

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...