Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

19 July 2010

Manusia vs Durian


Musim harum durian ni orang sibuk cerita pasal durian. Nak cerita pasal bola world cup dah sejuk tak berapa nak laku. Kiri kanan jalan orang jual durian. Dusun durian yang dulunye semak samun habis terang ditebas orang kampung. Pastu ramai la sanak sedara yang baru ni la nak nampak muka menjenguk kampung halaman.

Mungkin itula hikmah ada musim buah ni. Selain dari musim raya yang setahun hanya sekali itu, inilah salah satu masa untuk keluarga berkumpul sambil menunggu durian gugur. Makan bersama dengan pelbagai cara, makan ngan nasik, pulut, santan wat tempoyak dan banyak lagi. Nak sebut semua sekali banyak sangat tak sanggup. Karang tus air liur sambil menaip.


Sape yang takde dusun macam saya ni pulak harapkan tumpang dusun orang je la. Nak beli kadang tu harga dia mahal sangat. Dengan penyelarasan harga pulak sekarang ni tak tau la berapa haarga yang naik untuk sekilo.


Gambar ni saya dapat hasil kunjungan ke dusun milik kawan abah saya di Kg, Caruk Puting, Temerloh. Durian jenis ape beliau tanam sampai besar gitu gaya tak tau la. Bila ditanya beliau hanya tersengih-sengih sambil sendawa bau durian. Keputusan akhir pemakanan malam itu saya hanya mampu makan 1 bijik sahaja. Tu pun rasa macam dah makan 2 bijik durian biasa sekaligus. Durian ada lagi 8 bijik tak abis makan. Terpaksa bawak balik untuk rematch. Durian menang 8 - 1 kali ni.

15 July 2010

Shushi Krik Krik

Selamat tengahari. Shushi fo lunch? ... .. yummy!




Lagi gambar...


























01 July 2010

Aktiviti Tak Berfaedah Hujung Minggu - bbque



bahan-bahannya ialah:

ayam sebelah sahaja.
1 kilo daging dihiris nipis
6 ekor ketam
1 kilo kerang
1 bungkus sosej
6 orang tukang makan

lokasi:
tebing pakcik kordi.

Setelah segala perbincangan dan keputusan dibuat. Maka kami bersetuju untuk membuat bbque secara kecil-kecilan pada kali ini. Ingat nak bakar kambing tapi takut pula nanti ada yang pening-pening lepas makan.

masing-masing memegang pinggan menunggu nak makan.

acara seterusnya ialah makan sambil menghadap sungai yang mengalir lesu sambil dibuai angin sepoi-sepoi.

dari kanan lebih afdhol: aishyah baung, pakcik kordi, mimiey dan tuyuk.

27 May 2010

Kucing Comel Masak Sup Pun Sedap.


Comelkan kucing-kucing dalam sangkar ni. Lihat lebih banyak aksi kucing-kucing comel dimandikan dan dipanaskan....





Bakar kasi buang bulu. Nanti makan bulu lekat kat bibir tak sedap pula.



Makanan kena bersih kalau tak nanti pelanggan mengadu sakit perut.


Kepala jangan buang. Tu part yang sedap.


Siap dah sup kucing. Sape order tadi?


Wekk. Sapekah sanggup perlakukan sedemikian terhadap kucing-kucing comel tersebut? Patutla kucing koi sokmo hilang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...