ada beberapa sebab saya begitu malas nak menulis akhir akhir ini.mood nak menulis seringkali hilang secara tiba tiba.apatah lagi akibat aktiviti luar rumah yang membataskan hubungan saya dan komputer hitam ini.antara aktiviti yang menjadi kegemaran saya dan kawan kawan mutakhir ini ialah mengorat makwe makwe yang lalu lalang di hadapan kami secara tiba tiba.walaupun kami seringkali menjadi mangsa cemuhan dan kecaman beracun mereka,namun semangat kami untuk terus mengorat acapkali mendapat perhatian ketua kampung,orang ramai dan lipan sungai.ini membuatkan kami terus bersemangat untuk meneruskan aktiviti yang sangat sihat ini.
baru baru ini saya telah bermimpi,yang mana saya menelefon bekas makwe lama saya yang baru sahaja mendirikan rumahtangga.walaupun kekecewaan jelas terpancar di wajah saya yang sedang tidur,namun saya tetap hensem.saya juga orang yang beriman.okey,berbalik pada cerita tadi lepas bermimpi saya terus terjaga.hati saya terasa sungguh sayu.mengenangkan kenangan saya bersama beliau.sungguh manis kenangan itu.kami sering keluar pada hujung minggu menonton wayang.kami tidak pernah membuat wayang sendiri semasa cerita dekat wayang itu sedang berlangsung.kami fokus.okey,berbalik lagi cerita mimpi.lepas mimpi saya terjaga.hati terasa sungguh sayu.perasaan sungguh bedebah apabila hati nak sangat membuka laci di bawah almari,tempat terletaknya gambar saya dan beliau.dulu memang saya nak buang gambar tu,tapi bila memikirkan hari tua nanti,ada juga kenangan nak tunjuk dekat cucu cucu.eh!parit habis kan saya?!okey okey.saya cuba mentafsir sendiri mimpi tersebut.saya fikir fikir,firasat saya kuat mengatakan yang kawan saya akan kehilangan sesuatu.saya pun tak tahu apa kaitan mimpi makwe dengan kawan yang akan kehilangan sesuatu.tapi nak buat macam mana.firasat saya memang begitu.
saya tidak menceritakan mimpi saya pada siapa siapa.firasat saya pun saya tak cerita.nanti bukan ada orang nak percaya.hatta binturung peliharaan jiran saya pun tidak pernah mempercayai saya.apatah lagi seorang orang.lagilah tak nak percaya.tapi saya percaya.saya percaya pada diri sendiri.firasat saya betul.saya juga yakin saya akan dapat makwe dari website tagged.senang sangat gayanya dapat makwe dari website tu.saya mesti cuba.okey okey,berbalik lagi pada mimpi dan firasat,akhirnya ianya terbukti.nak tahu apa yang terjadi?
seorang rakan saya baru sahaja kehilangan telefon bimbit petang tadi.punca kehilangan terjatuh ke dalam sungai.beliau dengan pantas terjun untuk menyelamatkan telefon bimbit beliau.namun tidak berhasil.air terlalu dalam dan laju.lebih laju dari cristiano ronaldo yang handal membawa bola dari sudut tepi.kalaulah beliau mempunyai kemahiran dan 'gifted' sepeti ikan jora atau kerai,pasti telefon bimbit beliau dapat diselamatkan.saya tersentak.mimpi dan firasat saya benar benar terbukti.telefon bimbit yang baru sahaja dibeli dan baru digunakan selama hampir tiga minggu kini menjadi bahan ejekan hidupan di dasar sungai.pasti mereka sedang asyik ber'sms' sekarang.
okey,ada satu teka teki.siapa dapat jawab dengan betul saya bagi beliau hadiah lapan keping tiket untuk menyaksikan konsert double trouble.eksklusif dan dapat berkepit dengan saya dan nerzhul (keutamaan diberi kepada orang perempuan).soalannya berbunyi begini,apakah binatang yang riuh sekampung (lapan kampung pun mungkin) kalau hendak bertunang?tapi,ada ke binatang yang bertunang?kalau soalan ini memeningkan ketiak anda dan ketiak jiran anda yang berjerabuk,sila hantukkan kepala orang yang lalu di hadapan anda secara tiba tiba ke bahu jalan.sempoi kan?
tata!